‘Kita percaya Khairul Aming’, Mydin benar Khairul Aming ambil barang bantu mangsa banjir

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SYARIKAT Pemborong dan peruncit terkemuka, Mydin Mohamed Holdings Bhd memudahkan urusan pempengaruh popular, Khairul Aming untuk menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir.

Dalam video yang tular di media sosial, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin turut membenarkan Khairul Aming mengambil seberapa banyak stok barangan yang diperlukannya untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Ameer, Khairul Aming juga tidak perlu menjelaskan apa sahaja bayaran sehingga bencana banjir pulih.

Beliau turut memberi kepercayaan penuh kepada Khairul Aming dalam hal tersebut bagi membantu mangsa banjir.

“Ambil seberapa banyak awak nak dan tak perlu hantar budak atau kad kredit atau apa-apa… cuma beritahu had kredit yang nak RM20,000, RM50,000 atau RM100,000 ke.

Baca artikel lain: Banjir: Kerajaan sedia peruntukan tambahan pascabanjir, baik pulih sekolah, PPS – Anwar

“Lepas habis banjir tu awak bayar, tiada masalah. Kita percaya Khairul Aming,” katanya dalam video berdurasi 56 saat itu.

Ameer turut memberitahu Khairul Aming bahawa syarikat itu akan menambah 5,000 lagi barang sebagai sumbangan bagi membantu mangsa banjir.

Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman memulakan misi membantu mangsa banjir di Kelantan sejak Sabtu lalu.

Pempengaruh itu bersama kakitangannya menyediakan makanan dan barangan keperluan kepada mangsa banjir sebelum mengagihkannya kepada mereka.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu mencatatkan penurunan sedikit, menjadikan jumlah mangsa terjejas di sembilan negeri seramai 138,052 orang setakat 8 pagi ini, berbanding 140,896 orang malam tadi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun...

More Articles Like This