Lebih 4,000 akaun pengguna di P. Pinang alami gangguan air berjadual

Dari Penulis

SEBANYAK 4,489 akaun pengguna di kawasan Air Itam, di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 5 dan 6 Dis ini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam kenyataan memaklumkan gangguan bekalan air berjadual itu bermula 10 malam Khamis hingga 10 pagi keesokannya.

Menurut kenyataan itu gangguan berkenaan berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Air Itam untuk penggantian injap kupu-kupu saluran paip 450mm di loji itu dan di Jalan Zoo.

“Akaun pengguna yang terjejas ialah di kawasan Jalan Zoo-Lorong 1, 2, 3 dan 4, Penang Hill, Jalan Hill Railway, Jalan Kampung Pisang, Jalan Embun, Jalan Pisang Tanduk, Jalan Emas, Jalang Pisang Nangka, Jalan Hye Keat Estate, Jalan Empat, Lorong Empat, Jalan Lima, Jalan Kampung Melayu, Jalan Chor Sin Kheng dan dari Jalan Air Itam hingga Pasar Air Itam.

“Seterusnya Jalan Mata Kucing, Jalan Batu Van Tan, Lorong Lima, Jalan Lintang, Jalan Air Itam, Jalan Balik Pulau, Blok 6a, 6b, 6c, 6d, 6e, 6f, 6g dan 6h, Jalan Pokok Ceri, Jalan Kampung Pisang, Jalan Air Itam, Medan Kolam Air Panas, Jalan Batu Perempuan, Jalan Pasar Blok 1, 3, 5, 7, 9, 11, 13 dan 15, Jalan Sri Bendera, Kampung Teres dan Flat Kampung Melayu,” menurut kenyataan menerusi hantaran di Facebook PBAPP hari ini.

PBAPP akan kemas kini status gangguan bekalan itu menerusi Facebook rasmi dari semasa ke semasa dan pihaknya memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This