PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menyokong penuh penyertaan Timor Leste sebagai anggota tetap ASEAN.
Beliau berkata Malaysia berharap dapat mengalu-alukan penyertaan Timor-Leste sebagai anggota tetap tahun depan apabila ia memegang jawatan sebagai pengerusi blok serantau itu.
“Kami akan melakukan apa sahaja yang perlu untuk membantu Timor Leste, supaya proses itu dapat dipermudah dan dipercepatkan lagi,” katanya dalam sidang media bersama rakan sejawatannya dari Timor Leste, Kay Rala Xanana Gusmão di Putrajaya hari ini.
Xanana Gusmão yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada bulan Julai tahun lepas, tiba untuk lawatan sulungnya ke negara ini semalam.
Anwar berkata sokongan penuh Malaysia terhadap perkara itu turut disampaikan kepada Xanana Gusmão, semasa mesyuarat dua hala, yang diadakan awal hari ini.
Baca artikel lain: Perdana Menteri Timor-Leste diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Timor-Leste sedang menunggu konsensus negara anggota ASEAN untuk diterima sebagai anggota penuh blok serantau itu.
Ia diiktiraf sebagai negara pemerhati ASEAN dan menyertai Forum Serantau ASEAN pada 2005 sebelum secara rasmi memohon keahlian pada 4 Mac 2011.
Pada 2022 para pemimpin ASEAN berhimpun di Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 serta Sidang Kemuncak Berkaitan di Phnom Penh, Kemboja, dan pada dasarnya bersetuju supaya Timor-Leste menjadi anggota ke-11 blok itu.
Timor-Leste juga telah diberikan status pemerhati untuk mengambil bahagian dalam semua Mesyuarat ASEAN, termasuk sesi pleno.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

