Tidak Tahan Baunya, Ada Yang Panggil Daun Ketumbar Sebagai Daun Kumbang

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Pernah tak dengar, ada orang kata daun ketumbar baunya seperti kumbang! Fakta itu memang tepat sekali, memang benarlah pada zaman Greek, daun ketumbar dikenali sebagai daun kumbang.

Ketumbar atau nama saintifiknya Coriandrum Sativum adalah sejenis tumbuhan herba dari keluarga Apiacea yang berasal dari Afrika Utara, Eropah Selatan dan Asia Barat. Sebenarnya bau daun ketumbar mempunyai bau sitrus, kuat dan tajam.

Malah baunya seakan bau kumbang yang membuatkan sesetengah orang merasa kurang senang. Daun ketumbar sangat popular dalam masakan India dan Thailand. Selain enak dijadikan bahan dalam hidangan salad dan masakan, ia juga mempunyai khasiat tersendiri.
Herba ini bersifat anti radang khususnya terhadap kulit kerana ia mempunyai ciri-ciri antiseptik dan antioksida.

Mengamalkan minum jus daun ketumbar ia boleh menurunkan kadar tekanan darah tinggi dan mengubati lemah syahwat serta mengubati kembung perut. Daun ketumbar mengandungi kandungan Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan karotenoid yang tinggi untuk membantu penglihatan mata yang lebih baik.

Walaupun ramai yang tidak suka baunya, tetapi banyak khasiatnya terutamanya fungsi anti radang ketumbar juga untuk melindungi tulang daripada kesakitan yang berkaitan dengan arthritis.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This