Jenama Kara melancarkan pek ekstrak krim kelapa 110ml yang pertama di Malaysia. Ini antara komitmen Kara, demi memenuhi keperluan isi rumah buat keluarga kecil. Kara komited dalam menyediakan produk santan berkualiti tinggi yang bebas kolesterol, bebas pengawet dengan teksturnya yang pekat sesuai untuk pelbagai masakan autentik di Malaysia.
Pengurus Besar Pemasaran Kara Malaysia, Susanto berkata “Di Kara kami sentiasa memenuhi keperluan pengguna. Pek ekstrak krim kelapa Kara 110ml ini adalah penyelesaian praktikal dan inovatif yang direka untuk pengguna tanpa pembaziran.”
Pelancaran saiz pek baru ini disertai dengan Kempen ‘Cinta Kara, Cinta 110%’ yang menampilkan pasangan selebriti, Ernie Zakri dan Syamel. Kempen ini meraikan cinta, keluarga dan kegembiraan memasak sambil melakar momen indah keluarga kecil yang penuh kasih sayang.
Menurut Ketua Pemasaran Kara, Jessi Choong “Kempen ini bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, malah ‘Cinta Kara, Cinta 110%’ adalah tentang membina hubungan dan mendekatkan komuniti kita melalui pengalaman memasak yang lebih sihat dan lebih lazat untuk setiap keluarga.
Kara turut menjalinkan kolaborasi bersama Datuk Chef Ismail Ahmad dengan menghasilkan 3 resipi eksklusif, Cinta Kara Nasi Hijau Ayam Berempah, Cinta Kara Salad Tropika dan Cinta Kara Puding Roti Royal.

Majlis ini juga dianjurkan bagi meraikan pemenang peraduan ‘Sayang Kara & Menang’ dan para pemenang berpeluang beramah mesra bersama Ernie dan Syamel dengan pelbagai aktiviti kekeluargaan.

Selain itu, Dr.Shazril Shaharuddin atau lebih mesra dikenali sebagai Dr Say berkongsi tentang keistimewaan dan kebaikan kelapa dari sudut kesihatan dan memperbetulkan persepsi masyarakat mitos tentang kelapa.
Jelas Dr Say, “Satu kepercayaan mitos yang mengatakan, bahawa krim kelapa mengandungi kolesterol, tetapi itu sama sekali tidak benar. Sebagai produk berasaskan tumbuhan, krim kelapa tidak mengandungi kolesterol, lemak sihat dalam krim kelapa, menyokong tenaga dan penyerapan vitamin dan penting untuk fungsi tubuh. Lelemak adalah bahagian yang diperlukan dalam diet dan krim kelapa merupakan sumber semula jadi yang kaya yang sesuai untuk memasak, ia merupakan nutrien penting yang boleh menjadi sebahagian daripada diet seimbang.”
Kara yang merupakan jenama terkemuka di pasaran, menawarkan produk kelapa premium dan semulajadi bakal menyambut ulangtahun ke-25 pada tahun hadapan. Pelbagai program dan kempen yang lebih menarik bakal dirancang. Ingat Santan, Ingat Kara.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

