KEMENTERIAN Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi agensi-agensi di bawahnya menawarkan moratorium penangguhan pembayaran balik pinjaman bagi tempoh tiga hingga enam bulan kepada usahawan yang terjejas akibat bencana banjir.
KUSKOP dalam kenyataan memaklumkan, inisiatif tersebut ditawarkan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh usahawan yang terlibat.
Menurut KUSKOP, usahawan mempunyai masa untuk memberi fokus kepada usaha-usaha pemulihan tanpa memikirkan tekanan kewangan daripada pinjaman yang perlu dibayar dalam tempoh moratorium ini.
Katanya, usahawan-usahawan yang terjejas boleh menghubungi pejabat cawangan agensi-agensi KUSKOP berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan inisiatif-inisiatif banjir yang ditawarkan.
“KUSKOP amat prihatin terhadap mangsa-mangsa banjir di seluruh negara ketika ini terutama usahawan-usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang tidak dapat mencari rezeki akibat bencana berkenaan.
“KUSKOP dimaklumkan bahawa terdapat usahawan-usahawan dan koperasi yang mengalami kerugian akibat kerosakan premis, peralatan dan stok barangan perniagaan.
“Pelaksanaan moratorium kepada usahawan yang menjadi mangsa banjir ini adalah sejajar dengan prinsip MADANI,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: BELIA MAHIR seru belia TVET sertai JOM, bantu kerja teknikal mangsa banjir
Buat masa ini, KUSKOP memaklumkan misi bantuan awal kementerian itu melalui TEKUN telah digerakkan di beberapa lokasi pusat pemindahan sementara (PPS).
Jelasnya, TEKUN telah melaksanakan aktiviti penyediaan makanan kepada 1,500 orang mangsa-mangsa banjir iaitu di tiga buat PPS di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.
Di Kedah pula, KUSKOP memberitahu penduduk kampung yang terputus bekalan air bersih telah diberi bantuan yang dilaksanakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui Koperasi Melayu Pulau Pinang Berhad yang telah melaksanakan bantuan khidmat masyarakat.
“Bekalan air bersih dari telaga boring milik koperasi dihantar kepada penduduk sekitar Jeneri, Kedah.
“Ia bertujuan meringankan beban penduduk dengan membekalkan air bersih setelah lebih tiga hari penduduk kampung terputus bekalan air.
“KUSKOP telah merangka pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara besar-besaran selepas banjir pulih dengan pelbagai inisiatif bantuan dan program pembersihan pasca banjir yang akan dilaksanakan oleh Skuad Ihsan MADANI KUSKOP,” jelasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

