EECA 2024 dikuatkuasa 1 Januari, instrumen penting pacu, perluas inisiatif kecekapan tenaga

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

AKTA Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 (EECA 2024) dijangka mula dikuatkuasakan mulai 1 Januari depan dengan Suruhanjaya Tenaga akan bertindak sebagai agensi pelaksana dan kawal selia.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan memaklumkan, EECA telah mendapat perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14 November lalu dan diwartakan pada 26 November.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menekankan EECA 2024 merupakan instrumen penting untuk memacu serta memperluas inisiatif kecekapan tenaga negara.

PETRA berkata, inisiatif tersebut merangkumi tenaga elektrik dan termal.

“Tumpuan akan diberikan dalam aspek pengurusan permintaan tenaga dengan menyeluruh, mempromosikan kecekapan tenaga dan amalan penggunaan tenaga secara lestari oleh sektor industri, komersial dan domestik.

“EECA mampu memberikan impak positif kepada agenda pembangunan lestari dan manfaat sosioekonomi negara sehingga tahun 2050 termasuk penjimatan penggunaan tenaga kumulatif berjumlah 2,017 juta Gigajoule (GJ) yang bersamaan dengan penjimatan bil utiliti berjumlah RM97.1 bilion serta membolehkan penghindaran karbon sebanyak 197,877 ktCO2,” katanya dalam kenyataan itu.

Baca artikel lain: Bidaan pembangunan sistem BESS dibuka mulai esok – PETRA

Mengulas lanjut, PETRA memberitahu penguatkuasaan EECA hanya melibatkan pengguna yang menggunakan tenaga sama atau melebihi nilai ambang 21,600 GJ setahun iaitu bersamaan dengan bil minimum elektrik sebanyak RM2.4 juta setahun atau bil minimum gas asli sebanyak RM1 juta setahun.

Katanya, PETRA menganggarkan sebanyak 4.3 peratus pengguna tenaga sektor industri yang menyumbang kepada kira-kira 66 peratus penggunaan tenaga di dalam sektor industri akan tertakluk kepada EECA 2024.

“Hanya 0.04 peratus pengguna tenaga sektor komersial yang menyumbang kepada 21 peratus penggunaan tenaga oleh sektor komersial akan terlibat.

“Pematuhan kepada EECA 2024 akan melibatkan kos yang minimum kepada sektor industri dan komersial berbanding dengan faedah jangka panjang akan diperolehi oleh semua pengguna tenaga serta menyumbang kepada aspirasi peralihan tenaga negara khususnya dalam mengendalikan pengurusan permintaan tenaga dengan efektif,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan lanjut perjanjian cari MH370 setahun lagi, kekal konsep ‘no find, no fee’

JEMAAH Menteri bersetuju melanjutkan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat Ocean Infinity bagi meneruskan usaha pencarian bangkai pesawat Malaysia...

More Articles Like This