Bidaan pembangunan sistem BESS dibuka mulai esok – PETRA

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PROSES bidaan terbuka untuk pembangunan sistem penstoran tenaga atau battery energy storage system (BESS) bagi sistem pembekalan elektrik di Semenanjung akan dibuka mulai esok.

KEMENTERIAN Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan memaklumkan, pelaksanaan BESS itu selaras dengan aspirasi peralihan tenaga negara untuk meningkatkan campuran tenaga boleh baharu (TBB) kepada 70 peratus menjelang tahun 2050.

Menurut PETRA, proses penawaran bagi pembangunan BESS itu akan dilakukan secara dua peringkat bermula dengan proses permohonan kelayakan (RFQ) dan disusuli proses penawaran bidaan melalui permohonan cadangan (RFP).

Jelasnya, pelaksanaan RFQ akan bermula esok sehingga 13 Disember 2024.

“Proses RFQ ini merupakan saringan peringkat awal bagi mendapatkan maklumat mengenai kelayakan dan keupayaan pemaju yang berminat sebelum disenarai pendek untuk menyertai proses penawaran bidaan melalui pelaksanaa RFP.

“Perincian mengenai kaedah dan proses penyertaan bidaan ini boleh didapati di laman sesawang Suruhanjaya Tenaga iaitu www.st.gov.my mulai 29 November (esok),” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel lain: PETRA pelawa pemain industri, entiti berkelayakan sertai NEA 2025

Mengulas lanjut, PETRA memberitahu pelaksanaan pembangunan BESS dijangka mewujudkan peluang ekonomi baharu dengan anggaran pelaburan bernilai RM2.8 bilion.

Kementerian itu memaklumkan, pembangunan BESS secara bidaan yang julung kali dilaksanakan itu akan menawarkan kapasiti berjumlah 400 megawatt (MW)/1,600 megawatt per jam (MWj).

Jelasnya, pembangunan sistem itu akan dibahagian kepada empat projek berasingan dengan kapasiti 100MW/400MWj bagi setiap projek dan perlu mencapai tarikh operasi komersial bermula tahun 2026.

“Kaedah perolehan secara bidaan terbuka ini akan memastikan proses kelulusan kepada pemaju yang berkelayakan dilakukan secara telus dan terbuka, membolehkan kadar tarif yang paling kompetitif serta memberikan manfaat yang maksimum kepada sistem perbekalan elektrik pada kos yang paling optimum.

“PETRA yakin pelaksanaan inisiatif ini akan mengukuhkan keupayaan dan keanjalan sistem grid di Semenanjung untuk menerima lebih banyak kemasukan kapasiti TBB dalam pembekalan elektrik sekali gus menyokong komitmen PETRA untuk mengurangkan jejak karbon sektor bekalan elektrik negara,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This