AmBank mohon maaf video tular gelandangan disiram air di depan cawangannya

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

AMBANK memohon maaf selepas tular video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai sebagai gelandangan disiram air dan ditendang di luar cawangan bank berkenaan di Taman Maluri.

Bank berkenaan dalam satu kenyataan menyatakan rasa sedih dengan kejadian tersebut kerana tiada individu sepatutnya dilayan sedemikian rupa.

Katanya, pengawal keselamatan di dalam video merupakan pekerja disediakan penyedia perkhidmatan keselamatan luar yang dilantik oleh pihak bank.

Katanya lagi, manakala lelaki kedua dipercayai tukang kasut yang kecewa dengan mangsa berkenaan.

Baca artikel lain: Banjir menyusut, penduduk Sungai Serai pulang berkemas selepas 24 jam di PPS

“Walau apa pun, kami mengharapkan semua kakitangan yang mewakili bank termasuk vendor dan rakan kongsi untuk menegakkan tingkah laku profesional tertinggi.

“Kami juga akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan kami berhasrat untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang,” katanya, hari ini.

Terdahulu, tular video di media sosial seorang pengawal keselamatan menyiram seorang gelandangan di laluan pejalan kaki sebuah bank di ibu negara.

Kejadian itu mendapatkan reaksi pelbagai dalam kalangan netizen yang merasakan perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi petrol bersubsidi RON95

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya ke atas seorang warga...

More Articles Like This