BARANGAN rumah yang disita di kediaman aktres Rozita Che Wan hanya bernilai tidak sampai RM100,000.
Memetik laporan Kosmo! Online, pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuat sesi lelongan dalam masa terdekat.
“Buat masa ni nilai barangan masih tidak mencukupi, Mara akan lakukan lelongan dalam tempoh terdekat, mungkin dalam tempoh dua minggu.
“Pihak kami akan tunggu perintah mahkamah, jika ada rundingan. Kebanyakkan barang yang disita hari ini adalah barangan rumah sahaja,” kata peguam yang enggan dikenali.
Terdahulu, serbuan dilakukan oleh pihak MARA ke kediaman Rozita atau Che Ta di Kota Damansara setelah pelakon tersebut tidak membayar hutang pinjaman dari agensi itu berjumlah hampir RM1 juta.
ARTIKEL BERKAITAN: Kediaman Che Ta diserbu, gagal lunaskan hutang Mara hampir RM1 juta
Ketika serbuan dibuat pagi ini, hanya kelibat ibu pelakon tersebut sahaja yang ada mendiami rumah mewah di Kota Damansara itu.
Manakala anak sulung Che Ta iaitu Ammar Effendy tiba selepas satu jam pihak MARA memasuki rumah tersebut.
URTV masih berusaha menghubungi Che Ta dan pengurusnya bagi mendapatkan respons mereka berkenaan isu ini.

