BIARPUN namanya menjadi perbualan ramai gara-gara gagal melunaskan hutang bernilai hampir RM1 juta, pelakon Rozita Che Wan sempat memuat naik ucapan ulang tahun kelahiran kedua anaknya, Aniq Azzra di akaun Instagram miliknya.
Rozita atau mesra disapa Che Ta,50, turut tidak ketinggalan berkongsi sekeping foto Aniq ketika masih kecil.
ARTIKEL BERKAITAN: Kediaman Che Ta diserbu, gagal lunaskan hutang Mara hampir RM1 juta, Nilai barangan rumah Che Ta hanya RM100,000, MARA akan buat lelongan dalam masa terdekat
“Selama hari lahir yang ke-26 buat anak mummy yang kecil-kecil dulu macam bear (beruang). Nasib baik bila dah besar segak,” katanya.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu mnerima pelbagi reaksi daripada pengikutnya yang rata-rata mendesak pelakon drama Kiah Pekasam itu menjelaskan mengenai serbuan pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara) ke kediamannya pagi tadi.
“Hutang wajib di bayar. Sekian.
“But macam ak ada apa, hutang tak bayar.
“Ada hutang tapi kenapa tak bayar?,” komen netizen di ruangan komen.
Terdahulu, menerusi laporan media, rumah Che Ta yang terletak di Kota Damansara, Selangor diserbu wakil MARA selepas gagal membayar hutang pinjaman daripada agensi terbabit.
Sumber dilapor berkata, serbuan dibuat bagi membolehkan MARA menilai barangan dalam rumah dua tingkat itu bagi tujuan penyitaan selepas selebriti itu gagal menjelaskan pinjaman.
Ketika serbuan dibuat, hanya kelibat ibu Rozita yang dilapor mendiami rumah itu, manakala anak sulung Che Ta, Ammar Effendi tiba selepas sejam pegawai MARA memasuki kediaman terbabit.

