POLIS kini menyiasat satu kejadian samun sebuah kedai runcit di Kampung Permatang Pusu, Melor dekat Kota Bharu pada 10 malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, semakan mendapati laporan telah dibuat oleh seorang lelaki Melayu berusia awal 50-an yang merupakan pemilik kedai runcit tersebut pada pukul 12 tengah malam semalam.
Beliau berkata, semasa kejadian, mangsa yang berada di kaunter kedai runcit telah didatangi oleh seorang lelaki sambil mengacukan satu objek menyerupai pistol dan meminta mangsa menyerahkan wang.
“Berdasarkan loghat pertuturan yang digunakan, suspek dipercayai merupakan lelaki Melayu, berumur dalam lingkungan awal 40-an, berbadan kurus dan mempunyai ketinggian lebih kurang 152 sentimeter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian.
Saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Rabiatul Nabilah Rebinor di talian 017-8772106 atau 09-7752200 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

