BANDUAN pertama yang berjaya memperoleh Doktor Falsafah (PhD) semasa menjalani hukuman pemenjaraan dibebaskan, semalam, setelah diberi pengampunan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda.
Jabatan Penjara Malaysia dalam hantaran di Facebook memberitahu, Murad (bukan nama sebenar) merupakan pemegang Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan telah menjalani hukuman dari tahun 2001 semasa berusia 14 tahun.
Menurut Jabatan Penjara, Murad telah menjalani hukuman sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang.
“Murad merupakan prospek pertama Jabatan Penjara yang bergelar Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan setelah menyambung pelajaran semasa menjalani hukuman pemenjaraan,” katanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Lakukan kelucahan melampau, PU Azman dipenjara 14 bulan
Mengulas lanjut, Jabatan Penjara memberitahu, waran pembebasan Murad telah dibacakan Pengarah Penjara Kajang, Preshahdin Monshee, semalam.
Semasa sesi pembebasan itu, Preshahdin turut menasihatkan Murad sentiasa mengamalkan disiplin yang tinggi serta menggunakan ilmu yang ada bagi memajukan diri selepas dibebaskan.
Preshahdin turut menyatakan bahawa Jabatan Penjara sedia membantu sekiranya Murad memerlukan bantuan.
“Murad menzahirkan kesyukuran dan menjunjung kasih kepada Sultan Sharafuddin atas pengampunannya serta Jabatan Penjara kerana memberikan peluang dan ruang kepadanya untuk menyambung pengajian sehinggalah bergelar Doktor Falsafah.
Murad berkata, dia akan mengenang segala jasa baik pihak jabatan dan percaya dengan peranan jabatan dalam memulihkan prospek sepertinya, agar dikembalikan dengan lebih sempurna.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

