ORANG ramai diminta sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik licik sindiket penipuan menyalahgunakan nama Jabatan Penjara Malaysia dengan meminta sejumlah wang untuk tujuan pembelian makanan istimewa untuk diberikan kepada banduan.
Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan memaklumkan telah menerima beberapa aduan daripada keluarga banduan berkaitan penipuan tersebut.
Menurut Jabatan Penjara, modus operandi terbaharu itu menyasarkan ahli keluarga serta waris banduan.
Katanya, sindiket penipuan itu menggunakan beberapa akaun bank tumpangan bagi transaksi wang daripada ahli keluarga atau waris banduan.
“Sindiket penipuan dilaporkan menyamar sebagai pegawai penjara dengan menggunakan nama samaran palsu seperti Sarjan Haziq, Sarjan Akmal, Sarjan Nazri, Sarjan Zul, Sarjan Sani, SJN Zam dan pelbagai nama samaran lain bertujuan memperdaya ahli keluarga atau waris banduan dengan menggunakan pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp.
“Sindiket juga menggunakan pelbagai nombor telefon mudah alih dan meminta sejumlah wang kononnya untuk pembelian makanan istimewa bagi banduan di dalam institusi penjara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel lain: Palsu dokumen UMS: Peter Anthony kekal dipenjara tiga tahun, denda RM50,000
Mengulas lanjut, Jabatan Penjara memaklumkan, laporan polis telah dibuat oleh mangsa yang terlibat manakala jabatan itu akan memberi kerjasama penuh dalam membantu siasatan.
Pada masa sama, jabatan itu menegaskan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas.
Sehubungan itu, Jabatan Penjara turut menasihatkan ahli keluarga atau waris banduan yang menerima pesanan ringkas mencurigakan itu supaya tidak membuat sebarang transaksi wang kepada individu atau nombor akaun yang tidak dikenali atau mencurigakan.
Jabatan Penjara berkata, ahli keluarga atau waris banduan juga dinasihat membuat laporan polis sekiranya menerima pesanan seumpama itu dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak institusi penjara bagi tindakan lanjut.
“Jabatan Penjara Malaysia komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan banduan serta keluarga mereka daripada menjadi mangsa penipuan.
“Orang ramai diminta untuk sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya dengan taktik licin sindiket penipuan yang menyalahgunakan nama Jabatan Penjara Malaysia untuk kepentingan peribadi,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

