Pas Terengganu tak tahu punca Ahmad Samsuri letak jawatan

Dari Penulis

PAS Terengganu tidak mempunyai maklumat berhubung peletakan jawatan secara mengejut Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN) seperti dilaporkan media sejak Rabu lalu.

Memetik laporan Sinar Harian Online, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan Pas Terengganu, Hanafiah Mat mengakui hanya mengetahui tentang peletakan jawatan itu menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau juga tidak mempunyai maklumat lebih lanjut berhubung peletakan jawatan Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas itu.

“Kami di peringkat negeri langsung tak tahu cerita yang berlaku.

“Tak boleh nak komen langsung sebab kita tak tahu. Tahu pun (isu peletakan jawatan) dari WhatsApp.

“Sememangnya tak ada maklumat langsung tentang peletakan jawatan tersebut,” katanya, semalam.

Baca artikel lain: Selepas undur diri, Samsuri petik kata-kata Kareem Abdul-Jabbar

Hanafiah juga enggan mengulas tentang dakwaan berlakunya pergolakan dalam PN yang menjadi punca peletakan jawatan Ahmad Samsuri.

“Tak tahu…tak boleh nak komen,” jawabnya secara ringkas.

Rabu lalu, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu dilapor telah meletakkan jawatan sebagai Bendahari Agung PN.

Harakahdaily dalam laporannya menyatakan peletakan jawatan Ahmad Samsuri disampaikan menerusi kenyataan ringkas kepada pimpinan tertinggi Pas Pusat.

Peletakan jawatan itu dilihat sebagai sesuatu yang mengejutkan memandangkan beliau dilihat sebagai pemimpin berprofil tinggi dalam Pas dan PN.

Ia hadir hanya dua hari selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang mengesahkan pelantikan enam jawatan penting iaitu Setiausaha Agung, Ketua Wanita, Ketua Penerangan serta ahli majlis tertinggi.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengesahkan peletakan jawatan itu.

Namun begitu, beliau berkata, Pas tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung peletakan jawatan Ahmad Samsuri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This