POLIS mengesahkan telah menerima laporan daripada bapa seorang bayi yang meninggal dunia di salah sebuah hospital swasta dekat kawasan Klang Selatan, hari ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan tersebut telah diklasifikasikan di bawah Kertas Enkuiri Polis.
“Pihak polis Ibu Pejabat Daerah Klang Selatan kini sedang menjalankan siasatan secara mendalam untuk menentukan sekiranya terdapat unsur jenayah dalam isu ini dan menangani perkara tersebut dengan sebaik mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, mereka yang terlibat termasuk pihak hospital akan dipanggil untuk dirakam percakapan.
Tegasnya, dakwaan yang tidak disahkan boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.
“Orang awam dinasihatkan untuk mengekang diri daripada menyalahgunakan media sosial dengan menyebar kandungan yang tidak sahih sehingga mengakibatkan kegusaran,” ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan, peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili bapa bayi itu, Safwan Roshdy, 22, akan mengambil tindakan saman terhadap orang awam yang memfitnah keluarga jenazah bayi lelaki yang disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Selangor.
Terdahulu tular hantaran di media sosial yang menyatakan jenazah seorang bayi lelaki dibekukan dalam peti sejuk mayat selama kira-kira dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang dipercayai selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar bil.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

