Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja

Dari Penulis

SEORANG selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, lelaki berusia 41 tahun itu, ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira 3.10 petang.

“Hasil pemeriksaan lanjut di rumah tersebut telah menemukan dua peket plastik lutsinar, yang tiap satunya mengandungi leraian dedaun kering disyaki dadah jenis ganja.

“Anggaran berat keseluruhan dadah disyaki ganja yang telah dirampas ialah 60.3 gram,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Baca artikel lain: Dakwaan jenazah bayi ditahan hospital: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan – Dzulkefly

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

“Lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This