Banjir: Perak pulih sepenuhnya, Pahang semakin baik, Johor tak berubah

Dari Penulis

SITUASI banjir di Perak pulih sepenuhnya dengan pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah Manjung ditutup petang tadi dan keadaan banjir di Pahang semakin baik manakala Johor tidak berubah, setakat 8 malam tadi.

Di PERAK, menurut Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), PPS terakhir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Beruas yang sebelum ini menempatkan 186 mangsa daripada 57 keluarga ditutup kira-kira 6 petang tadi, menandakan bencana banjir yang melanda negeri itu pulih sepenuhnya.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan pula memaklumkan paras air Sungai Rui di daerah Hulu Perak berada pada tahap amaran, iaitu setinggi 165.67 meter (m) manakala Sungai Perak di kawasan Pasang Api, Bagan Datuk pada aras berjaga-jaga dengan kedalaman anggaran 1.95 m.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan tahap waspada di sekitar kawasan Hulu Perak.

Di PAHANG, situasi banjir semakin baik apabila PPS SK Bukit Gemuruh di daerah Bera ditutup pada 5.10 petang tadi, meninggalkan hanya daerah Maran yang terjejas banjir, menempatkan 11 mangsa daripada empat keluarga di PPS Balairaya Kampung Baru Pertanian.

Sementara itu, semakan melalui portal Public Info Banjir JPS mendapati dua sungai utama di negeri itu melebihi tahap amaran, iaitu Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran dan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This