Henti gugat kestabilan, PH Selangor mahu kerajaan negeri tumpu beri perkhidmatan, bantuan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEBARANG langkah yang mengganggu-gugat kestabilan politik dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor perlu dihentikan.

Justeru, Pakatan Harapan (PH) Selangor mahu kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari untuk terus fokus memberi perkhidmatan dan bantuan kepada rakyat di negeri itu.

PH Selangor menegaskan, mandat yang diberikan rakyat selama lima tahun merupakan amanah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

Katanya, khabar angin melibatkan seorang menteri yang dikatakan mahu berhijrah menyertai PH mengundang keresahan dalam kalangan rakyat negeri Selangor.

“Titah Tuanku (Sultan Selangor) kepada Menteri Besar ketika menerima watikah pelantikan di mana Tuanku mahukan kerajaan ini kekal sehingga habis penggal menjelaskan betapa pentingnya kestabilan politik di negeri Selangor.

“Apa juga tindakan perlu melihat kepentingan negeri dan rakyat di dalam negeri Selangor serta tidak hanya dilihat atas kepentingan peribadi atau kelompok tertentu sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Penerangan PH Selangor, Abbas Azmi serta Penolong Ketua Penerangan PH Selangor, Halimey Abu Bakar dan Wong Siew Ki.

Baca artikel lain: Tengku Zafrul sertai PKR? Belum ada permohonan rasmi, kata Amirudin

Sebelum ini media melaporkan desas-desus Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan menyertai PKR dan bakal menerajui Selangor menggantikan Amirudin.

Menurut kenyataan itu, kemajuan negeri Selangor merupakan hasil daripada kestabilan politik dan kepercayaan rakyat untuk terus memberi sokongan kepada kerajaan PH dan Perpaduan ketika PRN lalu.

“Di bawah pentadbiran Amirudin dan barisan Exco yang sentiasa cakna serta peduli dengan suara rakyat melalui pelbagai inisiatif seperti Program Iltizam Selangor Penyayang menjadikan pentadbiran negeri sangat dekat dengan rakyat.

“Rancangan Selangor (RS 1) adalah bukti kesungguhan pentadbiran diketuai Amirudin untuk membawa Selangor ke satu tahap yang lebih baik.

“Ia sangat bergantung kepada kestabilan politik untuk dijayakan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This