Tengku Zafrul sertai PKR? Belum ada permohonan rasmi, kata Amirudin

Dari Penulis

PKR masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz susulan spekulasi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu bakal menyertai parti itu.

Memetik laporan BH Online, Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, biro politik atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu tidak menerima permohonan rasmi daripada Tengku Zafrul.

Sekiranya ada permohonan rasmi, Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor berkata perkara itu perlu dilakukan menerusi perbincangan akrab dengan rakan-rakan komponen Kerajaan Perpaduan.

Malah, beliau tidak dapat memastikan siapa atau berapa individu yang Tengku Zafrul sudah temui bagi membincangkan tentang isu berkenaan.

“Tidak boleh sebut apa-apa itu, hanya desas desus. Mungkin berlaku cakap-cakap di luar sana secara tidak rasmi. Itu semua tidak boleh dijadikan alasan untuk dibuat keputusan formal.

“Kita tunggu permohonan rasmi. Kalau ada, ia harus dilakukan dengan kaedah perbincangan yang akrab dengan rakan-rakan komponen Kerajaan Perpaduan.

“Itu penting supaya kita dapat jamin kekuatan kita dan meneruskan agenda mengekalkan kestabilan politik yang terbukti menjadi resepi penting kepada kejayaan pelaburan dan dasar-dasar (kerajaan) yang lain,” katanya.

Media semalam melaporkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat perbincangan awal berhubung penyertaan Tengku Zafrul ke dalam parti itu.

Baca artikel lain: Polemik Tengku Zafrul: Bantahan UMNO kepada PKR hanya ‘drama bersiri’ saja – Fadhli Shaari

Perdana Menteri berkata PKR bersikap terbuka terhadap penyertaan mana-mana individu termasuk Tengku Zafrul asalkan individu berkenaan boleh menyumbang kepada parti.

Sebelum ini media melaporkan dakwaan bahawa Tengku Zafrul akan meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, selain beliau akan menerajui Selangor menggantikan Amirudin yang akan ke Kabinet Persekutuan.

Sementara itu, Amirudin mengulangi penegasan berhubung kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor yang sering ditimbulkan pihak luar sejak 2020.

“Ramai ahli nujum anggap saya tidak jadi Menteri Besar sejak 2020. Bila berlaku ‘Sheraton Move’, antara kata-kata mereka ‘habislah kau Amir, kau akan digugurkan’, kemudian berlaku lagi pada 2021 ada lagi ‘kau akan digugurkan’.

“Kemudian ada pilihan raya negeri pun ramai juga sebut saya akan keluarlah, sudah kemas baju. Alhamdulillah, saya tawaduk dan bersyukur terus diberi amanah dan kepercayaan oleh anggota parti. Jadi, percaya kepada ahli nujum boleh jadi syirik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This