Minit mesyuarat Kabinet tunjukkan dakwaan 3 bekas menteri tak benar – Tun M

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, salinan minit mesyuarat Kabinet bertarikh 23 Mei 2018 berhubung keputusan Jemaah Menteri mengenai kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, mengesahkan ia adalah keputusan secara bersama.

“Minit mesyuarat Kabinet menunjukkan dakwaan yang dibuat oleh tiga (bekas) menteri itu tidak benar. Saya rasa malu kerana orang ini duduk di bawah saya dulu, masa dalam Kabinet saya,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Konvoi Misi Kemanusiaan Banjir, hari ini.

Sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam kenyataan bersama mendakwa Dr Mahathir membuat keputusan untuk tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh secara bertulis kepada peguam cara negara tanpa merujuk Jemaah Menteri terlebih dahulu.

Bagaimanapun menerusi minit mesyuarat Kabinet yang diterima oleh Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan ia adalah keputusan bersama.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This