Harimau Malaya tersingkir, diikat Singapura tanpa jaringan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

USAHA keras Harimau Malaya pada perlawanan terakhir Kumpulan A Piala AFF 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak membuahkan hasil apabila skuad kebangsaan diikat tanpa jaringan menentang Singapura.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia tersingkir awal pada edisi kali ini, manakala Singapura meneruskan misi untuk merangkul piala itu buat kali kelima.

‘Derbi Seberang Tambak’ bermula dengan Malaysia mengasak sejak awal permainan menerusi tiga percubaan melibatkan kapten pasukan, Syamer Kutty Abba, Sergio Aguero dan Endrick dos Santos.

Bagaimanapun, ketiga-tiga percubaan itu tepat ke dakapan penjaga gol Singapura, Izwan Mahbud.

Harimau Malaya terus garang menekan Singapura menerusi pemain tengah, Stuart Wilkin pada minit ke-28, namun percubaan melencong maestro Sabah FC setelah menerima lorongan Endrick tersasar di sebelah kiri Izwan.

Larian lolos penyerang muda negara, Haqimi Azim pada minit ke-41 hampir merubah perlawanan tetapi pengalaman dimiliki Izwan menggagalkan cubaan satu lawan satu itu.

Daniel Ting yang memperoleh bola muntah hasil tepisan Izwan pula tidak berjaya menyudahkan peluang terhidang.

Harimau Malaya meneruskan aksi garang sebaik wisel babak kedua dibunyikan dengan amaran awal diberi menerusi sepakan percuma Endrick.

Baca artikel lain: Peter Cklamovski sah kendali Harimau Malaya, Nafuzi terajui B-23

Hanya beberapa saat kemudian, Endrick sekali lagi memperoleh peluang mencipta jaringan tetapi sepakan kencang dari luar kotak penalti sedikit tersasar.

Nasib sekali lagi tidak menyebelahi Harith apabila cubaannya diselamatkan kapten Singapura, Safuwan Baharudin di atas garisan gol.

Asakan bertali arus terus direncana skuad kebangsaan tetapi palang gol menyelamatkan tandukan Paulo Josue pada minit ke-61 dan pertahanan tengah Selangor FC, Harith Haiqal pada minit ke-68.

Penjaga gol negara, Haziq Nadzli yang dikritik hebat akibat kesilapan sewaktu menentang Thailand sebelum ini turut beraksi cemerlang termasuk menyelamatkan dua cubaan berturut-turut pemain gantian Singapura, Ryhan Stewart di penghujung permainan.

Kedudukan 0-0 kekal hingga wisel penamat untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dan menyaksikan Malaysia menamatkan kempen kali ini di kedudukan ketiga.

Keputusan seri sudah cukup untuk Singapura mengesahkan slot ke pusingan seterusnya, mengiringi Thailand selaku juara Kumpulan A selepas menewaskan Kemboja 3-1 sekali gus merakam empat kemenangan berturut-turut di peringkat kumpulan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This