SEORANG pelajar lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan 10 buah motosikal di Kilometer 79.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, pukul 12.10 tengah malam tadi.
Mangsa, Muhammad Amirul Ahmad, 20, beralamat di Kubang Rotan, Alor Setar mengalami pelbagai kecederaan di badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan mendapati kemalangan membabitkan dua buah motosikal jenis Yamaha Y15ZR, sebuah Honda Vario, enam buah Honda EX5 dan sebuah Honda Wave yang dalam perjalanan dari Gurun ke Alor Setar.
“Hasil siasatan awal mendapati lima buah motosikal sedang bergerak lurus di kedudukan hadapan menghala ke Alor Setar.
“Sampai di lokasi kejadian, motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa datang dari arah belakang lalu masuk di tengah-tengah antara lima buah motosikal dan bergesel dengan yang lain sebelum terjatuh.
“Kemudian, datang empat buah motosikal dari arah belakang yang tidak sempat mengelak dan berlanggar sesama sendiri sebelum terjatuh di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Azharuddin berkata, jenazah pelajar itu telah di bawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim untuk proses bedah siasat.
“Kesemua mangsa yang cedera pula dihantar ke Hospital Pendang dan Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk rawatan lanjut,” katanya.
Tambahnya, siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa yang gagal mengawal kenderaan lalu menyebabkan kemalangaan.
Kesemua motosikal mengalami pelbagai kerosakan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Jelasnya, kesemua 10 penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan berusia lingkungan 16 hingga 20 tahun dan berasal dari Pendang, Alor Setar serta Kubang Pasu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

