MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga dan sahabat handai penerbit saluran radio RTM, TRAXXfm iaitu Muhammad Faizal Husaini Rashid yang meninggal dunia, malam tadi.
Muhammad Faizal Husaini, 45, yang mesra dengan panggilan Lisham menghembuskan nafas terakhir akibat kanser.
Dalam hantaran di Facebook, Fahmi menyifatkan Lisham merupakan individu yang cukup dikenali dengan sikap ramah mesra dan ramah.
Kata beliau, Muhamamd Faizal Husaini amat disenangi rakan-rakan sekerjanya.
“Menerima khabar sedih tentang pemergian seorang lagi rakan media akibat kanser malam tadi.
Baca artikel lain: Fahmi dukacita, ucap takziah kepada keluarga petugas TV Alhijrah
“Saudara Muhammad Faizal Husaini Rashid yang mesra dengan panggilan Lisham, telah meninggalkan kita buat selama-lamanya.
“Allahyarham, 45, merupakan seorang penerbit di saluran radio RTM, TRAXXfm.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman. Takziah kepada seluruh anggota keluarga dan sahabat handai Lisham,” katanya dalam hantaran tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

