DESAKAN Pemuda UMNO Sabah supaya semua kes yang dihadapkan ke mahkamah melibatkan ahli politik selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) digugurkan wajar diberi sokongan.
Ahli Majli Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, perkara itu dikuatkan lagi dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa dakwaan dibuat secara tergesa-gesa, bermotif dendam dan beracun.
“Saya sokong desakan Pemuda UMNO Sabah. Sepatutnya semua kes yang melibatkan ahli politik termasuk kes Najib dan keluarganya selepas 2018 digugurkan.
“PMX kata dakwaan itu tergesa gesa, dendam dan beracun. Terutamanya kes-kes tertangguh lama tanpa perbicaraan.
“Ia membazir sumber kerajaan dan hanya bermotif untuk memalukan, membina persepsi dan menyusahkan yang tertuduh,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Sambutan hari lahir serentak jadi kenangan terakhir – Waris
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO Sabah, Sufian Abdul Karim menuntut semua tuduhan terhadap ahli politik yang dikenakan selepas PRU-14 digugurkan.
Permintaan ini dibuat susulan kenyataan Anwar yang menyatakan beberapa tuduhan dikenakan ketika itu bersifat tergesa-gesa, dendam politik dan ‘banyak pendakwaan ada kelemahan’.
Sufian berkata perkara ini jelas menunjukkan terdapat kelemahan dalam sistem keadilan yang perlu diperbaiki.
Dalam pada itu, Mohd Puad menjadikan kes anak tiri Datuk Seri Najib Razak iaitu Riza Shahriz Abdul Aziz sebagai contoh kes-kes tertangguh lama tanpa perbicaraan.
.
“Perbicaraan kes Riza Aziz tidak pernah berjalan satu hari pun sejak dia didakwa.
“Sebab itu bila beberapa kes yang melibatkan Najib, Rosmah, Riza dan Zahid digugurkan SPRM tidaklah terkejut seperti mana mereka terkejut beruk apabila Tommy Thomas membatalkan kes Lim Guan yang sedang dalam perbicaraan.
“Keluarga Najib amat gentleman. Tak lari. Riza Azis duduk luar negara tapi balik untuk hadapi pertuduhan pada 14 Mei 2020. Culprit sebenar seperti Jho Low masih bebas dan menantu yang lari juga masih bebas,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

