Nahas Alor Gajah: Tujuh mangsa masih terima rawatan termasuk anak sulung pasangan terkorban

Dari Penulis

TUJUH mangsa nahas negeri melibatkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Alor Gajah, Isnin lalu masih menerima rawatan di Hospital Melaka.

Memetik laporan Astro Awani, ia termasuk anak sulung kepada pasangan suami isteri yang terkorban dalam nahas tersebut.

Menurut Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka.

Kata beliau, kanak-kanak tersebut akan menjalani pembedahan hari ini sementara adik perempuannya telah ditempatkan di wad biasa.

“Seorang lagi mangsa iaitu pemandu treler muatan pakaian terpakai juga masih ditempatkan di ICU.

“Semua tujuh mangsa itu membabitkan empat warga Singapura dan tiga rakyat tempatan dengan dua mangsa ditempatkan di hospital swasta,” katanya.

Baca artikel lain: Nahas Alor Gajah: Bapa Khairul Ikhwan serah kepada polis siasat

Mengulas lanjut, Hee Sem memaklumkan, prosedur pembedahan terhadap pemandu treler akan dilakukan bergandung kepada keadaan semasa mangsa.

UtusanTV sebelum ini melaporkan, tujuh maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Alor Gajah.

Mereka yang maut ialah pemandu dan penumpang Toyota Estima, Khairul Ikhwan Mazupi, 32, bersama isteri, Fadzlenna Ramli, 32; serta anak bongsu mereka, Muhammad Umar, 2; dan ibu serta ayah Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69.

Turut terkorban ialah pemandu bas persiaran yang dikenali sebagai Noorisnien Khamid, 56 dan penumpang bas warga Singapura, Lamrah Asid Ali, 66.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila bas persiaran telah melanggar tayar lori yang tercabut di lorong tengah dan menyebabkannya hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan tiga buah kenderaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This