Karnival papar bendera China diarah henti serta-merta – MDT

Dari Penulis

KARNIVAL Fantasi Lampu LED yang diadakan di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Tangkak, Johor telah diarahkan berhenti serta-merta dan ditutup sepenuhnya.

Majlis Daerah Tangkak (MDT) menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, siasatan mendapati penganjur tidak mematuhi syarat penganjuran karnival, khususnya tidak menjaga sensitiviti masyarakat.

“Pada Rabu lepas MDT telah menerima aduan penganjur mendirikan struktur berbentuk kapal angkasa ulang alik yang mempunyai pelekat bendera negara China di karnival berkenaan, sehingga menimbulkan kegelisahan masyarakat tempatan.

“Tindakan menurunkan struktur yang dimaksudkan telah dibuat dan satu notis arahan pemberhentian operasi serta merta telah dikeluarkan kepada penganjur semalam, selaras dengan Seksyen 14(1)(b) dan 49(2) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (Majlis Daerah Tangkak) 2017,” menurut kenyataan MDT hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa MDT menggalakkan aktiviti perniagaan, namun tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi syarat khususnya yang menimbulkan kegelisahan umum masyarakat tempatan.

Semalam, Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Roslan Mohd Talib dilapor berkata pihaknya telah menerima satu laporan berkaitan rasa tidak puas hati masyarakat berkenaan gambar replika roket tertera logo bendera negara China di festival berkenaan.

Sehubungan itu, beliau dipetik berkata siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This