Pemuda Pas kecam sambutan Krismas di KPKT Putrajaya

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PEMUDA Pas mengecam tindakan mengadakan sambutan Krismas di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Putrajaya yang menurutnya melibatkan kakitangan beragama Islam.

Ketua sayap politik tersebut Muhammad Hanif Jamaluddin berkata, sebagai menteri, Nga Kor Ming seharusnya tahu bahawa adalah haram bagi umat Islam untuk mengambil bahagian dalam perayaan agama lain yang bertentangan dengan akidah.

“Dalam video yang dikongsikan menteri jelas menunjukkan tetamu (ada staf beragama Islam) dihiburkan dengan persembahan Christmas Carolling.

“Hukum menyertai Christmas Carolling adalah haram kerana lirik lagu-lagunya yang mengandungi unsur agama Kristian dan bercanggah dengan syarak.

“Umat Islam diajar untuk menghormati anutan dan amalan agama lain, namun ada batasan yang perlu dijaga apabila ia melibatkan akidah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Baca artikel lain: Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan apakah tindakan Kor Ming disengajakan dan ingin mencabar umat Islam?

Pada hantaran sama, beliau turut berkongsi pautan berkenaan panduan umat Islam merayakan perayaan kaum lain tulisan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azam Baki kekal sah anggota Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

PUSAT Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menegaskan kehadiran Tan Sri Azam Baki pada Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC, 30 Jun...

More Articles Like This