LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik

Dari Penulis

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian kepada negara.

LHDN dalam kenyataan hari ini berkata pempengaruh yang dilantik sebagai Rakan Strategik HASiL (RASH) 2.0 terdiri daripada pelbagai bidang dan latar belakang, antaranya keusahawanan, agama, lakonan, perubatan, fesyen dan gaya hidup, kecergasan dan kesihatan serta pengurusan kewangan.

“Pelantikan mereka dilihat sebagai satu perspektif baharu dalam membentuk persepsi baik dalam kalangan masyarakat umum, khasnya para peminat dan pengikut RASH 2.0 melalui kandungan liputan yang positif, khususnya melibatkan LHDN,” menurutnya.

Baca artikel lain: Rapid KL lanjut waktu operasi sempena ambang tahun baharu

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin dalam kenyataan sama berkata pelantikan selebriti dan pempengaruh dalam ekosistem percukaian penting untuk membentuk sentimen yang positif, membina kepercayaan dan kredibiliti seterusnya mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab.

“Faktor keterlihatan (visibility) dan jangkauan (reach) merupakan aset penting pada pempengaruh yang dilihat mampu menggandakan usaha LHDN menyebar luas kesedaran dan pendidikan cukai kepada masyarakat seterusnya meningkatkan semangat patriotik dan tanggungjawab kepada negara,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lima penumpang cedera, LRT berhenti serta-merta berhampiran Stesen Dang Wangi

LIMA orang penumpang mengalami kecederaan selepas tren transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya berhenti secara serta-merta ketika berada...

More Articles Like This