Nahas pesawat Jeju Air: Semua kecuali dua mangsa dianggap meninggal dunia

Dari Penulis

PIHAK berkuasa mengesahkan bahawa kesemua mangsa pesawat Jeju Air yang terbakar selepas tergelincir dari landasan dan merempuh tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan dipercayai maut kecuali dua orang, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kejadian berlaku sekitar 9.07 pagi ketika pesawat Jeju Air cuba melakukan pendaratan cemas, namun gagal hingga merempuh tembok pagar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, yang terletak kira-kira 288 kilometer di barat daya Seoul.

Menurut pihak berkuasa, operasi kini beralih kepada usaha untuk mengeluarkan mayat-mayat mangsa, setelah 85 kematian disahkan setakat ini.

Seorang penumpang dan seorang kru, kedua-duanya wanita berjaya diselamatkan dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Mokpo.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Bangkok itu membawa 181 orang, termasuk enam kru, dengan kebanyakan penumpang adalah warga Korea, kecuali dua warganegara Thailand.

Rakaman video yang disiarkan oleh stesen TV tempatan menunjukkan pesawat berkenaan cuba mendarat tanpa gear pendaratan yang digunakan.

Pesawat itu tergelincir di atas tanah, merempuh tembok konkrit sebelum meletup dan dijilat api.

Pesawat malang itu hampir musnah akibat letupan yang berlaku.

Baca artikel lain: Nahas Jeju Air: Tiada rakyat Malaysia terlibat setakat ini

Pihak berkuasa Wilayah Jeolla Selatan telah menaikkan tahap kecemasan ke tahap tertinggi dan mengerahkan semua anggota penyelamat serta polis bagi membantu operasi di lokasi kejadian.

Pihak berkuasa percaya bahawa kerosakan gear pendaratan, yang mungkin disebabkan oleh perlanggaran burung menjadi punca utama kemalangan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan punca sebenar kejadian.

Pemangku Presiden, Choi Sang-mok tiba di lokasi nahas sekitar tengah hari dan mengarahkan pegawai untuk berusaha sepenuhnya dalam operasi pencarian dan penyelamatan.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menjanjikan bantuan kerajaan kepada mereka.

Pejabat Presiden memaklumkan bahawa satu mesyuarat kecemasan pegawai kanan akan diadakan pada 11.30 pagi bagi membincangkan tindakan lanjut kerajaan terhadap nahas pesawat ini.

Mesyuarat akan dipengerusikan oleh Ketua Staf Presiden, Chung Jin-suk.

Ketua Agensi Polis Negara yang bertindak, Lee Ho-young juga mengarahkan pegawai untuk menggerakkan semua sumber yang ada dan bekerjasama dengan pasukan bomba serta agensi berkaitan dalam usaha penyelamatan.

— BERNAMA-YONHAP

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan Perpaduan tak bincang untuk adakan PRU lebih awal – Fahmi

KERAJAAN Perpaduan tidak pernah mengadakan sebarang bentuk perbincangan untuk mengadakan pilihan raya umum awal iaitu sebelum berakhirnya penggal Parlimen...

More Articles Like This