174 mayat mangsa nahas pesawat Jeju Air telah dikenalpasti

Dari Penulis

SEBANYAK 174 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air telah berjaya dikenal pasti, menurut Kementerian Pengangkutan pada Selasa, lapor Xinhua. 

Dalam taklimat kepada keluarga mangsa, Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan memaklumkan bahawa daripada 32 mangsa yang gagal dikenal pasti melalui cap jari, 17 mangsa dikenal pasti menerusi ujian DNA pertama manakala 10 lagi dikenal pasti dalam ujian DNA kedua. 

Bagaimanapun, lima mangsa masih belum dapat dikenal pasti berikutan ketidakpadanan DNA.

Mayat empat mangsa yang dikenal pasti diserahkan kepada keluarga masing-masing dan upacara pengebumian telah dimulakan, menurut kementerian itu. 

Pihak berkuasa sebelum ini memaklumkan bahawa proses penyerahan kesemua mayat kepada keluarga mangsa mungkin mengambil masa sehingga 10 hari memandangkan keadaan mayat yang kebanyakannya terjejas teruk. 

Pesawat Boeing 737-800 milik Jeju Air itu terhempas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 290 km di barat daya Seoul. 

Insiden dipercayai berpunca daripada kegagalan gear pendaratan, menyebabkan pesawat mendarat tanpa roda, merempuh dinding luar landasan lalu terbakar.

— BERNAMA-XINHUA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This