TIGA ditahan termasuk teman lelaki susulan penemuan mayat dipercayai seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang pada 22 Disember lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mayat tersebut ditemui di Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting pada Sabtu.
Beliau berkata, mayat tersebut ditemui dalam keadaan reput dan tidak dikenal pasti melalui pengecaman fizikal.
“Bedah siasat telah dijalankan di Hospital Banting.
“Polis masih menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk pengesahan identiti mangsa.
“Susulan penemuan ini, polis mengklasifikasikan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, tiga suspek berusia 16, 20 dan 51, telah ditahan bagi membantu siasatan.
Katanya, suspek dibenarkan reman selama enam hari bermula Selasa.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memohon bantuan ramai mengesan remaja bernama Yap Xin Yuan yang hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang Batu 11, Cheras, 19 Disember lalu.
Beliau berkata, laporan kehilangan itu dibuat oleh keluarga mangsa pada pukul 2.15 pagi, sehari selepas kejadian.
Mangsa dilaporkan mempunyai ketinggian 155 sentimeter, berat 39 kilogram, berbadan kurus, memakai pendakap gigi, berambut panjang, dan kali terakhir dilihat memakai baju tarian singa berwarna merah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

