Mayat lelaki ditemukan terapung dalam kolam takungan

Dari Penulis

MAYAT seorang lelaki ditemukan terapung di dalam kolam takungan air dekat Bandar Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 10.50 pagi.

Beliau berkata, sepasukan 10 anggota bomba Seremban telah membantu mengangkat mayat dari kolam ke daratan.

“Pemeriksaan pada mayat berbangsa tidak pasti itu mendapati tubuh telah menggelembung, berair serta tiada pengenalan diri.

“Mayat dianggarkan telah meninggal dunia lebih 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, setakat ini kes tidak menjuruskan kepada unsur jenayah sehingga bedah siasat selesai dijalankan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Adi Khusaini Saripudin di talian 0127707282.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This