Kakitangan KK maut dirempuh Ativa, polis sahkan pemandu pegawai kanan Bukit Aman

Dari Penulis

PEMANDU kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipercayai menyebabkan kematian seorang kakitangan Klinik Kesihatan di Kilometer 32 Jalan Klang-Teluk Intan, Jeram pada Selasa disahkan pegawai kanan polis yang bertugas di Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya memberi jaminan siasatan secara telus dan adil akan dijalankan sekiranya didapati bersalah mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 sebelum kes dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika pegawai polis terbabit sedang bercuti.

“Pegawai tersebut kini sedang menerima rawatan di hospital akibat kecederaan yang dialami susulan dalam kemalangan terbabit.

“Hasil ujian saringan air kencing pegawai terbabit mendapati negatif dadah.

“Berdasarkan rakaman video kejadian yang tular, pegawai tersebut dipercayai ‘microsleep’ atau terlelap semasa memandu kereta. Bagaimanapun kita tunggu laporan siasatan daripada pihak trafik,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Jelasnya, polis sedang melengkapkan siasatan daripada saksi, selain rakaman kamera papan pemuka (dashcam) serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah di kawasan kejadian.

Terdahulu, dalam kejadian pukul 6.11 petang, mangsa berusia 57 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda Wave yang dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Klang ke rumahnya di Kuala Selangor dilanggar sebuah Perodua Ativa dari arah bertentangan.

Kejadian mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu terbabas ke kawasan parit kecil di sebelah kiri jalan.

Mangsa mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This