Proses tender telus, tiada skandal besar sepanjang 2 tahun – Anwar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIADA skandal atau kes besar terpalit kepada Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun pentadbiran di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pencapaian itu disifatkan sebagai kejayaan kepada usaha kerajaan memperkasa soal tatakelola pada pelbagai peringkat.

Perdana Menteri berkata, dalam tempoh dua tahun pentadbirannya itu, kerajaan menjalankan proses tender yang telus.

Sehubungan itu, beliau mahu penjawat awam meneruskan usaha bagi melonjakkan ekonomi dan prestasi negara ke tahap lebih baik.

“Sementara kita tekankan soal tatakelola yang saya anggap satu kejayaan, orang banyak bercerita tentang kes-kes lama.

“Dalam dua tahun ini, saya bersyukur ke hadrat Allah kerana kita jalankan proses tender yang telus dan tidak ada skandal besar yang pernah diungkapkan.

“Bagi saya ini kejayaan besar. Kita ada keupayaan dan tidak boleh menyelesaikan semua masalah, negara ini negara hukum (ada undang-undang) dan kita harus mengambil keputusan berdasarkan tatakelola yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat Tahun Baharu 2025 dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), hari ini.

Baca artikel lain: Jemaah Menteri adakan sesi pemukiman, baiki kelemahan – PM

Mengulas lanjut, Perdana Menteri percaya sekiranya penjawat awam meneruskan usaha pada tahap terbaik, perkara itu akan memberi keuntungan kepada negara.

“MADANI ini menekankan soal nilai. Jadi jangan kita umpamanya terheret dengan perbincangan hiruk-pikuk yang lain.

“Saya mahu penjawat awam punyai satu ketetapan bahawa tugas kita ialah untuk melonjakkan ekonomi dan prestasi negara, kecekapan dan keseriusan kita.

“Percayalah saudara, beri satu ke dua tahun, kalau semangat begini rupa, pengiktirafan begini rupa dan kesatuan semangat kita, saya percaya kita akan saksikan Malaysia itu sebagai negara hebat di rantau ini. Saya yakin,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengarahkan semua program dan projek asas untuk rakyat yang amat memerlukan seperti membasmi kemiskinan tegar serta tebatan banjir disegerakan.

Katanya, unjuran sesuatu projek yang mengambil masa begitu lama untuk disiapkan perlu dirombak semula dan diselesaikan dalam tempoh yang singkat sebaik mungkin.

“Saya setuju dalam perbincangan, kita harus rombak itu semua, kalau banjir itu mengorbankan nyawa, mengorbankan harta, tak perlu tunggu sehingga enam tahun (untuk siapkan projek tebatan).

“Jadi hal ini yang harus diteliti semua KSU (Ketua Setiausaha kementerian), kalau tidak, KSU baharu datang, kemudian tengok skim banjir untuk tebatan banjir (sebagai contoh) Fasa 1 Rantau Panjang (Kelantan) dah siap, fasa kedua tahun 2026, fasa ketiga 2029, jadi orang Rantau Panjang kena tunggu 15 tahun baru nak siap,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This