KETUA-KETUA Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan-cadangan bernas serta mengerakkan prakarsa (inisiatif) untuk pembangunan ekonomi Bumiputera.
Itu penegasan dan cabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2025 yang berlangsung semalam.
Jelas beliau, mesyuarat itu telah membincangkan kertas-kertas terkait pemerkasaan syarikat Bumiputera dalam perolehan Kerajaan melalui Program mySTI dan halatuju pelaksanaan Wakaf MARA MADANI.
“Saya memberi penegasan dan cabaran kepada ketua-ketua Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) supaya memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan-cadangan bernas serta mengerakkan prakarsa terkait pembangunan ekonomi Bumiputera.
“Sebagai platform tertinggi yang mengangkat agenda Bumiputera sebagai agenda nasional, MEB berperanan sebagai platform utama dalam memastikan segala perancangan yang direncanakan dalam Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35) dapat dipantau keberkesanan pelaksanaannya,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

