PARTI Amanah Negara (Amanah) mendakwa tindakan Pas menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak hanyalah sandiwara untuk menarik sokongan orang Melayu.
Presidennya Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa, tidak mustahil suatu hari nanti, Pas akan membuang bekas Perdana Menteri itu jika beliau tidak lagi menguntungkan parti politik berkenaan.
“Banyak sudah bukti bahawa fatwa Pas boleh diubah sesuka hati demi untuk menghalalkan sesuatu tindakannya. Misalnya bila nak larang ahli Pas turun berdemontrasi, mereka guna dalil – jangan campakkan dirimu ke dalam kebinasaan.
“Tetapi bila nak kerah ahli Pas untuk turun berdemontrasi, mereka guna pula dalil – berjuanglah ke jalan Allah dengan harta dan nyawamu.
“Amalan mengeluarkan fatwa sesuka hati inilah yang akan merosakkan negara seperti mana yang Tan Sri P Ramlee pertontonkan dalam filem Musang Berjanggut dulu.
Baca artikel lain: Miliki dua buku berkait Al-Arqam, usahawan kemuka representasi gugur pertuduhan
“Berdasarkan semua insiden ini, maka bolehlah kita simpulkan bahawa segala tuduhan dan persepsi yang cuba dimainkan oleh Pas hanyalah suatu sandiwara politik,” dakwanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Justeru, beliau menyeru ahli Amanah dan umat Islam di negara ini, janganlah terpedaya lagi dengan permainan Pas kerana semua hujah mereka hanya sandiwara dan boleh berubah pada bila-bila masa.
“Akhir kata saya ingin menyeru…untuk terus berpadu tenaga memperjuangkan Islam sebagai agama yang membawa rahmat kepada semua.
“Bersatu hati membela golongan yang tertindas serta bersama menolak politik kebencian,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

