POLIS meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Program Perumahan Rakyat Taman Putra Damai 1, Jalan PJU 1A/40 dekat Ara Damansara pada 1.11 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Puteri Rania Qalesya Ibrahim pada pukul 8.39 malam.
Beliau berkata, Puteri berketinggian 150 sentimeter, berat 42 kilogram, berkulit hitam manis, hidung mancung, bibir nipis dan berbadan kurus.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohd Maliki Ariffin di talian 013-8308485.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

