Malaysia sedang koordinasi hantar pulang rakyat Palestin – Fahmi

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

USAHA kini sedang dijalankan untuk menghantar pulang rakyat Palestin yang berada di negara ini sejak tahun lalu bagi tujuan perubatan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perkara itu antara dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet hari ini di mana Kementerian Pertahanan dan Kementerian Luar bertanggungjawab menguruskan hal-hal kepulangan mereka.

“Jemaah Menteri telah dimaklumkan tentang beberapa perbincangan, koordinasi sedang dilakukan oleh Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan untuk berhubung dengan kerajaan Mesir mengusahakan penghantaran pulang.

“Proses ini sedang berjalan dan masa yang sama segala perkhidmatan perubatan yang diberi akan terus disediakan.

“Pihak kerajaan mengambil serius dari segi kebajikan bagi mereka yang telah dibawa untuk tujuan perubatan di Malaysia,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Baca artikel lain: Kerajaan sejujurnya tidak sorok Titah Adendum – Fahmi

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan turut memberitahu, dua kementerian terbabit akan memaklumkan secara terperinci berhubung proses penghantaran pulang warga Palestin itu dari masa ke masa.

Pada 16 Ogos tahun lalu, seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, dengan diiringi 86 waris mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang.

Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.

Mohamed Khaled berkata, kedua-dua pesawat yang membawa rakyat Palestin terbabit dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir, melalui penerbangan selama 13 jam dan sempat transit di Karachi sebelum menyambung perjalanan ke Malaysia.

Beliau berkata, misi itu dilaksanakan atas pertimbangan kemanusiaan, dan menunjukkan solidariti rakyat negara ini bersama rakyat Palestin serta pendirian Malaysia menentang tindakan tidak berperikemanusiaan atau genosid.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This