SEORANG jurugambar ditahan selepas memukul dua pereka fesyen di ruang legar aras satu, Grand Ballroom Hotel Avante, Petaling Jaya, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima dua laporan mengenai kejadian pada pukul 11 malam.
Beliau berkata, jurugambar berusia 30 tahun itu telah ditahan di lokasi kejadian dan turut dirampas kamera yang digunakan sebagai senjata dalam kejadian tersebut.
“Mangsa berusia 53 dan 47 tahun mengalami kecederaan di bahagian pipi.
“Punca kejadian dipercayai kerana isu peribadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan polis telah menerima arahan untuk menuduh suspek di mahkamah esok.
Katanya, orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.
Terdahulu media melaporkan, dua pereka fesyen, Razman dan Razmi yang juga pereka fesyen menghasilkan busana usahawan sensasi, Datuk Seri Vida untuk acara itu telah dipukul dengan kamera oleh seorang jurugambar.
Kejadian berlaku ketika wartawan sedang menemubual Vida sebelum jurugambar terbabit bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mereka dengan kamera miliknya.
Kedua-duanya yang mengalami luka di pipi kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum penganjur bertindak membuat laporan polis.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

