Kanak-kanak autistik tujuh tahun ditemukan lemas di Sungai Kedah

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun yang dikhuatiri hilang di Taman Tunku Tabor dekat Alor Setar, semalam, ditemukan lemas di Sungai Kedah pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata mayat Firash Daniel Muhammad Hafeez Ansle dijumpai di tebing sungai berkenaan kira-kira 100 meter dari rumahnya.

“Siasatan mendapati ibu mangsa hanya menyedari kehilangan anaknya itu kira-kira pukul 4.30 petang sebelum membuat laporan polis pada 5.40 petang … selepas mendapat laporan, proses pencarian telah dijalankan oleh anggota penguat kuasa.

“Operasi pencarian diteruskan pukul 7.45 pagi tadi dan anggota polis yang menyertai operasi berkenaan telah ternampak tangan mangsa di kawasan tebing sungai itu kira-kira 8.12 pagi sebelum mayat mangsa dibawa naik ke darat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Baca artikel lain: Remaja 14 tahun hilang, kali terakhir dilihat di PPR Taman Putra Damai

Beliau berkata ketika ditemukan, mayat mangsa dalam keadaan tidak berpakaian kerana sebelum kejadian, mangsa dipercayai telah membuka baju dan kasutnya kira-kira 20 meter dari rumahnya.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor.

Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa, Fatimah Abdullah, 76, berkata sebelum kejadian mangsa sedang bermain bersama adik-beradiknya di dalam kawasan rumah.

“Difahamkan, pintu pagar rumah tidak tertutup rapat selepas abang mangsa yang berusia sembilan tahun keluar ke surau … mangsa telah keluar secara senyap-senyap menggunakan pintu lain sebelum ahli keluarga menyedari kehilangannya,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This