FAM manfaatkan peruntukan tambahan tingkat program pembangunan Harimau Malaya

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) akan memanfaatkan peruntukan tambahan yang disalurkan kerajaan bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya pada setiap peringkat.

Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd Amin berkata, usaha berkenaan termasuk mempersiapkan pasukan utama supaya lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa yang disertai.

Pada masa sama, Hamidin memaklumkan, dana itu juga akan digunakan bagi aspek pengurusan organisasi untuk memacu perubahan.

Katanya, ia bagi memastikan pemain skuad kebangsaan mendapat sokongan yang terbaik daripada tenaga pakar yang dilantik.

“FAM berbesar hati dengan pengumuman daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berhubung peningkatan peruntukan terhadap Harimau Malaya.

“Peruntukan tambahan ini juga sudah pasti akan meningkatkan lagi motivasi buat pemain skuad kebangsaan bagi mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Baca artikel lain: Kerajaan tambah peruntukan pembangunan bola sepak kepada RM30 juta – PM

“Junjung kasih juga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa prihatin serta memberikan sokongan dan bantuan kepada FAM dalam usaha kita meningkatkan lagi prestasi skuad Harimau Malaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, kerajaan mengambil keputusan menggandakan peruntukan asal RM15 juta untuk pembangunan sukan bola sepak negara seperti mana diumumkan dalam Belanjawan 2025 kepada RM30 juta.

Perdana Menteri dalam kenyataan menjelaskan, separuh daripada peruntukan tersebut iaitu RM15 juta akan dibiayai oleh pihak swasta bagi usaha memperkukuhkah skuad kebangsaan.

Menurut Perdana Menteri, dana berkenaan akan dimanfaatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam aspek pengurusan organisasi yang mana ia memerlukan perubahan menyeluruh daripada setiap sudut.

Ujarnya, ini bagi memastikan para pemain kebangsaan mendapat sokongan berterusan daripada barisan tenaga pakar dan kejurulatihan yang dilantik.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This