Alphard hilang kawalan langgar penunggang motosikal sehingga maut, pemandu ditahan

Dari Penulis

SEORANG pemandu Toyota Alphard ditahan polis selepas melanggar penunggang motosikal sehingga maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Platinum 7/60, Seksyen 7, Shah Alam, 10.25 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Alphard yang dipandu lelaki Melayu berusia 38 tahun dalam perjalanan dari kawasan perumahan ke Persiaran Bestari.

Beliau berkata, pemandu Alphard telah hilang kawalan lalu melanggar sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki Melayu berusia 46 tahun yang sedang bergerak lurus dari arah sama.

“Kemalangan telah menyebabkan motosikal melanggar sebuah kenderaan utiliti sukan yang diletakkan di kiri jalan dan mengakibatkan penunggang motosikal jatuh ke atas jalan.

“Pemandu Alphard telah bertindak mengelak lalu melanggar belakang sebuah lagi kenderaan utilit sukan jenis BMW X5.

“Akibat kejadian, penunggang motosikal mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan Hospital Shah Alam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemandu Alphard telah ditahan untuk diambil sampel urin dan darah bagi melengkapkan siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Syahrul Zulkeflee di talian 010-4589850.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat pekerja restoran aniaya kucing, masukkan dalam guni di Teluk Intan

POLIS menjalankan siasatan kes seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran di Taman Melor, Teluk Intan disyaki menganiaya seekor kucing...

More Articles Like This