Khairy selesai beri keterangan, kertas siasatan dijangka siap tujuh hari

Dari Penulis

KETUA Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan pihaknya telah selesai merakam keterangan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berhubung kenyataannya mengenai kewujudan dokumen tambahan membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah.

Beliau berkata, keterangan daripada Khairy yang juga bekas menteri kesihatan dirakam petang tadi oleh pegawai polis daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Studio Keluar Sekejap di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

“Ya, polis telah selesai merakam kenyataan beliau petang tadi dan kertas siasatan dijangka dapat disiapkan dalam tujuh hari,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatApps hari ini.

Terdahulu, tinjauan Bernama di Studio Keluar Sekejap di Bukit Damansara mendapati tiga orang pegawai polis tiba di lokasi berkenaan pada 4.40 petang diikuti Khairy, 17 minit kemudian.

Baca artikel lain: Polis rakam keterangan Khairy hari ini

Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Bercakap kepada pemberita, Khairy memaklumkan beliau memberi kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung siasatan berkaitan laporan-laporan polis yang telah dibuat terhadap beliau.

“Saya nak mengesahkan bahawa saya selesai memberi keterangan. Terima kasih kepada pihak PDRM dan terima kasih kepada pihak media,” katanya.

Jumaat lepas, Datuk Suraya Yaacob iaitu Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Nor Azrina Surip yang merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa membuat laporan polis, masing-masing di Putrajaya dan Sentul.

Menerusi salinan laporan polis berkenaan, Suraya dan Nor Azrina mendakwa kenyataan dikeluarkan Khairy yang mengaitkan dua menteri berkenaan adalah tidak benar, memburukkan menteri, mengelirukan dan menimbulkan perasaan tidak senang serta suasana panik dalam kalangan rakyat hingga berkemungkinan boleh menggugat keamanan negara.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This