Siasat segera kedai serbaneka jual ‘ham and cheese’ di UM – Pemuda UMNO

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PEMUDA UMNO menggesa polis serta agensi berkaitan mengambil tindakan susulan penemuan produk makanan ‘ham and cheese’ yang status halalnya diragui dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM).

Ketuanya Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh turut mempersoalkan bagaimana kedai serbaneka berkenaan mendapat logo halal yang diletakkan pada bungkusan produk makanan berkenaan.

“Pada 10 Januari lalu, mahasiswa di UM sudah buat satu laporan polis kerana di dalam UM ada jual ‘ham and cheese’. Nak tahu ham ini apa iaitu ada unsur khinzir di dalam itu.

“Sudahlah jual ‘ham and cheese’ di dalam UM yang rata-ratanya orang Melayu ada di situ, mungkin untuk anak-anak orang Cina, India atau bukan Melayu. Boleh terima lagi.

“Tapi tengok dekat belakang ada tulis logo halal pula, saya nak tanya bila masa ham ini halal, bagaimana produk ini dapat logo halal?” soalnya dalam satu video di TikTok, hari ini.

Baca artikel lain: Hujan berterusan dijangka landa Johor

Muhamad Akmal menegaskan kejadian seumpama itu tidak seharusnya berlaku dan meminta pihak berkaitan berhenti mempersendakan agama Islam.

Terdahulu, UM menutup serta-merta dua premis kedai serbaneka dalam kampusnya susulan dakwaan penemuan produk pek sandwic diragui status halal.

Dalam kenyataan media, UM menyatakan arahan penutupan itu dikeluarkan bagi memberi ruang supaya siasatan dilaksanakan tanpa sebarang gangguan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This