MANA-mana pegawai atau anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang didapati melanggar peraturan atau undang-undang akan disiasat secara telus.
Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, setiap dakwaan kesalahan akan disiasat tanpa campur tangan oleh mana-mana pihak.
“Ini membuktikan Maritim Malaysia mengekalkan kepercayaan rakyat, selaras dengan prinsip profesionalisme dan akauntabiliti yang ditegaskan Perdana Menteri.
“Tanpa integriti, kepercayaan rakyat akan terhakis. Maritim Malaysia komited memastikan semua anggota melaksanakan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.
Mohd Rosli berkata, sepanjang 2025, Maritim Malaysia menyiasat 19 kes salah laku pegawai dan anggota melibatkan kes rasuah, penyalahgunaan dadah serta pelanggaran tatakelakuan perkhidmatan awam.
Jelasnya, daripada jumlah tersebut, tiga pegawai yang disiasat telah dibuang kerja.
Baca artikel lain: PM ziarah, hulur bantuan kepada mangsa kebakaran di Banting
“Tiga ditangguh pergerakan gaji, sembilan dikenakan amaran manakala empat pegawai lain dibebaskan selepas prosiding dan siasatan lengkap dijalankan,” katanya lagi.
Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang aduan terhadap pegawai awam mestilah disiasat dengan teliti mengikut lunas undang-undang, bukannya dibuat berasaskan persepsi atau dorongan politik.
Malah, Anwar menegaskan siasatan yang dijalankan juga tidak boleh dilaksanakan secara tergopoh-gapah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

