Lelaki Bangladesh didakwa bunuh wanita Indonesia di hotel bajet

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG buruh binaan warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita warga Indonesia yang ditemukan mati di dalam sebuah bilik hotel bajet dua minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan daripada tertuduh, MD Shimul Babu, 23, yang sekadar mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amira Sariaty Zainal.

Pengakuan tertuduh tidak direkodkan memandangkan kes bunuh merupakan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa membunuh mangsa, Nurhayati, 39, di dalam sebuah bilik hotel, di Taman Mawar, Puchong dekat Petaling pada jam 10.12 malam, 31 Disember 2024.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.

Sementara itu, lelaki berkenaan mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan memasuki Malaysia tanpa memiliki dokumen perjalanan yang sah, di Pejabat Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, sekitar jam 4.30 petang, 3 Januari lalu.

Pertuduhan berkenaan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 6(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan sebatan tidak lebih enam kali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu ketika prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh ekoran kes membunuh merupakan kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mayat seorang wanita warga asing ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di dalam sebuah bilik hotel, kira-kira jam 10.15 malam pada 31 Disember tahun lepas.

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati tertuduh adalah kenalan mangsa selain motif pembunuhan itu dipercayai akibat cemburu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

SAR Gunung Batu Putih: Tiada petunjuk baharu, penemuan barangan bukan milik Jaslinda

PENEMUAN beberapa barangan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin, 49 disahkan bukan...

More Articles Like This