AHLI biro politik Hamas, Khalil al-Hayya memuji “pendirian terhormat” Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik di Semenanjung Gaza yang berterusan, bersama negara lain, lapor Agensi Anadolu (AA).
Bercakap pada sidang media, al-Hayya melahirkan rasa terima kasih kepada Malaysia, Turkiye, Afrika Selatan, Algeria, Rusia, China dan Indonesia atas solidariti mereka terhadap rakyat Palestin, sambil mengiktiraf sumbangan mereka dalam memberikan sokongan penting untuk Gaza ketika saat-saat sukar.
Kenyataan beliau dibuat susulan pengumuman perjanjian gencatan senjata yang diketuai Qatar sebagai perantara, dijangka berkuat kuasa Ahad ini.
Baca artikel lain: Gencatan senjata di Gaza bermula Ahad ini
Al-Hayya mengalu-alukan perjanjian itu sebagai perkembangan positif tetapi mengkritik “keganasan dan pencerobohan sengit” yang dilakukan oleh pendudukan Israel, menyifatkannya sebagai antara krisis kemanusiaan terburuk dalam sejarah moden.
“Pada saat kritikal ini, kami menyampaikan kata-kata kebanggaan dan penghormatan kepada rakyat kami di Gaza,” katanya, sambil menambah bahawa rakyat Palestin “tidak akan melupakan mereka yang menyumbang kepada penderitaan mereka.”
Gencatan senjata yang diumumkan Perdana Menteri Qatar Mohammed bin Abdulrahman akan berlangsung selama 42 hari bagi fasa pertama. Di bawah perjanjian itu 33 tahanan Israel akan dibebaskan sebagai pertukaran dengan jumlah tahanan Palestin yang tidak dinyatakan, lapor AA.
Perjanjian itu yang difasilitasi oleh Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat termasuk mekanisme untuk memastikan pematuhan dan menangani sebarang kemungkinan pelanggaran.
— BERNAMA-AA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

