SEORANG wanita ditahan kerana menghalang penjawat awam melakukan tugas di Jalan Imbi/Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, petang kelmarin.
Video penuh klik link
https://t.me/infoutusantv/8824
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 7.56 malam.
Beliau berkata, seorang wanita tempatan berusia 38 tahun telah ditahan pada pukul 5.15 petang selepas bertindak memandu secara berbahaya dan memotong
barisan laluan sehingga menyebabkan kemalangan.
“Tangkapan enggan mematuhi arahan anggota trafik bertugas dan melarikan diri sehingga hampir melanggar anggota terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini
Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan suspek tersebut telah
direman selama dua hari sehingga Jumaat bagi tujuan siasatan lanjut.
“Tangkapan telah dituduh di Mahkamah Majistret Jalan Duta pada hari ini di bawah
Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

