Pendedahan Ops Sky bukti kelemahan kawalan dalaman institusi kewangan – MCW

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENDEDAHAN kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dengan pegawai bank menerusi Ops Sky menjadi bukti nyata kelemahan kawalan dalaman institusi kewangan.

Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) turut menyifatkan kes tersebut menjadi bukti bahawa korupsi dan penipuan kewangan bukan sahaja ‘mencederakan’ kepercayaan masyarakat tetapi juga melemahkan sistem kewangan negara.

Sehubungan itu, Presiden MCW, Jais Abdul Karim menggesa institusi kewangan mengukuhkan mekanisme pemantauan untuk mengesan dan mencegah manipulasi dokumen serta transaksi mencurigakan.

Menurut Jais, sistem semakan dalaman perlu diperketatkan untuk memastikan integriti proses kelulusan pinjaman dan mencegah penyalahgunaan kuasa oleh kakitangan.

Selain itu, beliau turut menggesa Suruhanjaya Pengecahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperluas siasatan untuk mengenal pasti rangkaian dalaman yang terlibat dalam sindiket tersebut bagi memastikan tiada pihak terlepas daripada tindakan undang-undang.

“Banyak penjawat awam yang menjadi mangsa sindiket ini kerana kurang memahami risiko skim pinjaman dan pelaburan mencurigakan.

“MCW menyeru agar lebih banyak program pendidikan dan kesedaran dilaksanakan untuk memberi pendedahan tentang bahaya terjerat dalam sindiket seperti ini.

“Di samping itu, mangsa perlu diberi sokongan melalui kaunseling kewangan dan bantuan guaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Jais berkata, MCW bersedia menawarkan program latihan integriti dan bengkel pencegahan rasuah kepada institusi kewangan untuk memastikan kakitangan memahami tanggungjawab dalam mencegah jenayah kewangan dan menyokong integriti sistem kewangan.

Pada masa sama, beliau turut memuji tindakan proaktif SPRM dalam memyiasat kes tersebut.

“MCW berharap siasatan dijalankan secara telus, menyeluruh dan adil untuk memastikan semua pihak yang bersalah termasuk pihak yang melindungi sindiket ini dihadapkan ke muka pengadilan.

“MCW komited untuk terus menyokong usaha membanteras rasuah melalui pendidikan, advokasi dan kerjasama strategik dengan pihak berkuasa serta masyarakat,” katanya.

Baca artikel lain: SPRM janji bertindak dalam tempoh 24 jam selepas aduan rasuah diterima

Semalam, media melaporkan siasatan SPRM menerusi Ops Sky mengesan hampir RM700 juta pinjaman bank diluluskan kepada peminjam yang kemudian terjerat dengan sindiket menawarkan bantuan kewangan.

Nilai pinjaman berkenaan diluluskan dalam tempoh hampir lima tahun sindiket itu beroperasi, bermula era pandemik COVID-19.

Sejak 2020, institut kewangan berkenaan dikenal pasti memperoleh keuntungan daripada yuran perkhidmatan dan yuran penyelesaian hutang lapuk dikenakan ke atas peminjam.

SPRM juga dilaporkan akan memanggil lebih ramai pegawai bank untuk siasatan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan dengan pegawai bank di beberapa institusi kewangan menerusi Ops Sky.

Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya dijangka memanggil antara 15 hingga 20 pegawai bank untuk membantu siasatan berhubung kes itu.

Dalam pada itu, katanya SPRM juga didalam proses melakukan ‘money trail’ terhadap akaun-akaun bank tambahan yang disyaki terbabit dalam kesalahan rasuah dan juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Mengenai tangkapan terbaharu empat pegawai bank menerusi Ops Sky, kelmarin, Azam berkata, SPRM akan mengekstrak data-data berkaitan permohonan pinjaman daripada sistem perbankan membabitkan empat pegawai bank terbabit bagi membantu siasatan.

Semalam, empat lagi pegawai bank ditahan SPRM dalam siasatan Ops Sky, membabitkan sindiket pengubahan wang haram didalangi syarikat perunding kewangan.

Penahanan terbaharu itu menjadikan 16 individu ditahan SPRM setakat ini, selepas serbuan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi melalui Ops Sky, meliputi rumah kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang pada Isnin lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This